Thursday, June 3, 2010

Catatan Hati II

Seseorang ‘memaksa’ aku menulis..Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup sejak akhir-akhir ini menjadikan aku malas mahu menulis,sama ada di dalam diari atau buku ‘Catatan ku'. Terjahan manca perasaan dalam dada benar-benar membuatkan fikiranku kusut seketika. Ya, tekanan yang kukira berupaya menyerabutkan kusut yang sudah sedia berselirat. Lebih2 lagi apabila menerima berita tentang sahabat karibku akan masalah hidup yang dihadapinya. Aku terdiam seketika..mata yang tadinya mengantuk tiba2 celik begitu sahaja.

Aku mula mencari kekuatan di rimbun cinta-Nya.

Dalam kemengahan dan kepenatan ini, aku kuatkan semangat untuk menukil. Ya, sudah jarang amat ‘bercinta’ di sini semahu-mahunya. Sekurang-kurangnya, kali ini ia akan menjadi tumpahan cinta terakhirku sebelum kuserahkan cinta kepada yang lain. Sekurang-kurangnya.

Kekadang apa yang kusampaikan melalui nukilanku adalah pngalaman orang lain. Belajar aku tentang hidup ini daripada pngamatan dan perkongsian masalah. Aku akan berusaha untuk meringankan sedikit bebanan rakan2ku. Tapi diri sendiri adakalanya jugak menyimpan seribu masalah. Apapun aku cuba sembunyikan masalah dengan senyuman.

Dan kekadang aku takut orang lain menyalahtafsirkan apa yang kutulis. Aku takut ianya menjadi fitnah kepadaku. Aku mohon agar tidak terlintas dan tidak ada sifat2 mazmumah dalam hati ini. Ianya terlalu halus. Dan kadang2 bila aku membaca nukilan orang lain, hati mudah terasa. Lebih2 lagi andainya ia adalah seorang sahabat yang aku kenali. Kenal tak semestinya pernah jumpa. Dan kenal itu juga dengan kehendak dan izin dariNya. Kalau boleh hal2 yang remeh tidak perlu aku fikirkan. Namun aku juga insan yang lemah..aku akui terlalu lemah. Sentiasa meminta kekuatan dariNya. Dan tanpa pinjam seketika semangatnya untuk diri yang lemah ini.

Teringat pesanan Prof. Madya Dr. Shamsiah menitipkan amanatnya kepadaku semasa belajar di U. Malaya . Aku mencatat, juga dalam sebak dan mata yang memerah.

Satu: Beratnya amanah yang dipikul akan dibalas dengan pahala yang berterusan kerana ia adalah salah satu sedekah jariah.

Dua: Beri ilmu tanpa berkira dengan masa, tenaga dan harta.

Tiga: Menjadi pendidik yang boleh membentuk sahsiah rabbani.

Empat: Never say no before starting, atau La taqul la qobla al-bad’i.

Lima: Berdoa sebagai rutin setiap masa, bermula daripada langkah di rumah.

Enam: Jangan sesekali meninggalkan solat duha kerana ia membuka pintu rezeki.

Aku mohon dan tak penah jemu bermohon kepadaNya..agar Dia sentiasa merahmati dan melindungi aku..kecantikan yang ada hanya sementara tapi itulah ketentuanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Aku sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dengan apa yang diberinya untuk pinjaman seketika. Dan sentiasa muhasabah diri dengan setiap apa yang aku lalui dalam hidup.

Terima kasih teman yang memberi teguran atau ingatan agar aku sentiasa sedar akan diri.

No comments:

Post a Comment

♥Komen Disini♥