Saturday, June 5, 2010

Renungan Untuk Diri


4 situasi berbeza...
Dengan masalah yang serupa..


Situasi 1 : seorang sahabat..menemani sahabatnya yang memerlukan..
namun, dia mengharapkan balasan..mengungkit kembali kebaikan yang pernah dibuat...
kalau sahabatnya sudi membalas, dia bahagia...
kalau sahabatnya tidak peduli? hanya kecewa....
Situasi 2 : seorang hamba Allah yang mujahadah dengan tahajjudnya..kusyuk menghadap rabbnya..tiba2 suatu hari..solatnya terganggu..dari solatnya yang kusyuk,dihayati bait-bait kalimah Ilahi..zikir dan doanya penuh syahdu & sendu...berubah menjadi secepat kilat, bacaannya hanya cukup syarat,tiada lagi duduk lama di tikar sejadahnya..doanya entah ke mana..kusyuknya hilang...entah kepada siapa dia solat dan menyembah..
Situasi 3: seorang pemuda..solatnya tepat pada waktunya..rajin melakukan ibadah..tapi, jarang sekali solatnya di masjid dan kebaikannya dizahirkan..kerana dia takut orang memuji..yang akan menimbulkan riak di hatinya..dia takut hatinya tercemar dengan riak...erm,betulkah begitu?
Situasi 4: seorang pemuda..aktivis dakwah..seorang yang sangat aktif..ramai yang mempercayainya. suatu masa, dia diberi banyak tugas...tapi entah kenapa, tiba2 di hujungnya, pemuda itu semakin jauh..tidak mahu lagi aktif dalam perjuangan bersama sahabat2...
Kenapa? kenapa semua situasi ini terjadi?
Yang mahu membuat baik..tapi, di sudut hati masih mengharapkan balasan insan..
Yang mahu melakukan ibadah kepada Allah..hilang kusyuknya..tidak istiqamah..
Yang mahu membuat kebaikan...tidak mahu menzahirkan & teragak2 kerana takut pujian orang menimbulkan riak..
Yang da'ie yg mahu berdakwah, tiba2 menghilangkan diri..terasa mudah lelah, serta bosan...
kerana..
hilang mutiara yg paling berharga...
iaitu RUH kepada amal...
yang namanya..

I.K.H.L.A.S

Ikhlas, umpama semut hitam, yang merayap di atas batu hitam..di malam yang gelap gelita..
tidak kelihatan...dan perlukan mujahadah.
ia perlu ada untuk sebuah kebahagiaan..
Kebahagiaan ketika memberi..
Kegembiraan ketika membantu..
Kemanisan ketika beribadah..
Kesenangan ketika berdakwah...
tanpanya, segalanya akan menjadi sia-sia belaka..

Si A mengharapkan balasan..ungkit-mengungkit menjadi kebiasaan.nanti hanya mengundang kekecewaan... (ops,terasa..huhu :p)

Si B pula hilang kemanisan kusyuk beribadah..kerana 'kusyuk itu adalah ikhlas'..bila tiada ikhlas cepatlah terasa jemu, kualiti ibadah akan berkurang,solatnya bukan lagi kerana Allah..

Si C pula, terkena penyakit ahli ibadah..Riya' (megah/bangga). Dia takut dipuji orang dengan kebaikan yang ingin dibuat..tapi sebenarnya dia telah Riya'.Apa yg ditakutkan itulah riya'.kalau dia benar2 ikhlas, dia tidak akan berfikiran begitu..


Si D pula entah kerana apa dia berdakwah..mungkin kerana manusia..mungkin kerana apa..niatnya bukan lagi ikhlas kerana Allah,demi Islam tercinta..tapi telah tersasar...menyebabkan langkahnya tidak lagi kukuh di jalan dakwah..hatinya sudah semakin jauh..kerana teman amalnya hilang...ikhlas.

Tanpa ikhlas, umpama badan tanpa ruh..
amal tidak akan hidup..
"Innamal a'malu binniat.."
Setiap amalan itu bergantung pada niatnya...
Seseorang itu bisa mendapat pahala,dosa atau tiada apa2 hanya kerana niatnya...

Al-Fudhail ibnu 'Iyadh berkata,
"meninggalkan amalan kerana takut dipuji orang adalah RIYA'.. meninggalkan amalan kerana ingin dipuji orang adalah SYIRIK.. IKHLAS adalah jika Allah menyelamatkan kamu dari keduanya.
Jagalah hati dari dicemari noda2 yang menghalang ikhlas..
Biarlah segalanya diniatkan kepada Allah..segalanya akan datang sendiri pada kita..
Perbaharuilah niat..andai terasa hati mula menyerong beberapa darjah..^^

Hakikat ikhlas dan praktikalnya..
..seperti lautan dalam..ramai yg tenggelam di dalamnya..kecuali sedikit..
"..kecuali hamba2 Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.."
[Al-Hijr:40]

Sucikan hati..sucikan diri..selamat beramal, buat diri yang dhaif dan kalian~!^^
Ya Allah..jadikanlah kami di antara golongan yang mukhlisin..ameen ya rabb~

Cinta kepadaMu..ikhlas keranaMu..bukan kerana SyurgaMu..

No comments:

Post a Comment

♥Komen Disini♥