Monday, April 4, 2011

DALAM DIAM, AKU TENGGELAM..

Tulang belulang menggigil mengalunkan irama yang bisa membekukan diri buat waktu ini. Kebekuan itu menjengah lagi rupanya. Membekukan setiap zarah-zarah yang membina sekujur tubuh ini. Jari jemari kelihatan terketar-ketar menari-nari di atas keyboard. Terketar-ketar juga bibir yang kering ini menahan kesejukan. Arghh sejuk yang teramat di sini, seolah berada di Kutub Utara lagaknya. Sejak beberapa hari ini kesihatan agak terganggu sikit. Hati juga cukup sensitif tapi aku cuba abaikan. Mana mungkin boleh dilayan sangat.

Dan saat itu tiba lagi. Saat di mana malam dan siang terasa begitu pantas berganti. Saat di mana matahari hanya menapakkan dirinya untuk beberapa ketika dan bulan pula memunculkan dirinya hanya untuk sedetik waktu. Arghh kenapa masa itu pantas benar berlalu?? Sehinggakan terasa sukar sekali untuk aku berhenti bagi merehatkan diri yang dalam kecungapan berlari mengekori masa itu.

Dalam diam... aku tenggelam lagi rupanya. Tenggelam dalam desakan waktu yang telah mengheret diri ini ke lubuk masa yang begitu mengharukan. Arghhh aku pasti tidak akan punyai cukup masa untuk melakukan segala-galanya. Apa kuasa yang aku ada untuk menentukan yang aku bisa melakukan segala-galanya pada masa yang begitu singkat ini? Apa daya yang aku miliki untuk membolehkan masa itu aku kuasai? Apa yang aku ada? Even segala-gala yang aku punyai ini hanyalah pinjaman dariNya... Dalam kebisuan di tengah malam yang dingin ini, aku mengomel sendirian .. "aku seorang hambaMu yang sangat lemah. Ampunkan aku Ya Allah kerana tidak mampu menjadi kuat"...


Owhh, apakah yang aku monologkan ini? Aku pun kurang mengerti. Cuma yang aku tahu sekarang ini kemengantukan itu sudah jelas terasa dek diri yang dari petang tadi begitu dihimpit keletihan. Izinkan aku masuk beradu. Selamat malam semua.


Until next entry..

Wasalam..