
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sesak benar rasanya dua tiga hari ini. Benar payah kalau sesuatu yang sudah biasa tidak boleh dilakukan seperti biasa. Makanya masa berlalu sia-sia. Fikirkan itu dan ini.Apatah lagi mendapat berita sedih daripada seorang sahabat rapat..sabar la. Itu sahaja yang mampu kuucapkan padanya. Allah lebih maha mengetahui apa yang Dia kehendaki. Aku terdiam seketika.. Bukan mudah untuk hidup tanpa sesuatu yang telah sebati dijiwa hamba ini. Berulang pernyataan ini, betapa menggambarkan resahnya diri. Fokus hampir hilang, semangat bagai terbang melayang. Sekejap diuji, sungguh Tuhan amat mengerti. Difikir sekali rasanya salah, berkali pula nafas lelah. Akhirnya... Alhamdulillah.. Tidak disangka, tiga belas patah kata mampu menghurai segala dan hati pun kembali berfungsi lega. Maju selangkah daripada yang langsung tidak peka ataupun sengaja. Syukur.. Moga esok, esok dan esok sentiasa jasad ini dalam keadaan yang bersyukur.
Fikir menajamkan akal...berfikirlah tentang kejadian Allah swt..jaga diri molek..
ReplyDelete