
Lamanya tak menulis..ada masa menulis, "mood" menjauh hati..ada kemahuan menulis, masa membatasi..sudahnya bicara anjung teduh ditinggal sepi...akhirnya ini yg ingin kuluahkan..
walaupun penat…
jangan cakap penat…
tapi…
nak wat macam mana…
hakikat dah memang suka cakap banyak…
nak cakap apa lagi…
tapi… bila sorang-sorang kenapa tak cakap apa2..
kenapa yang hadir dalam setiap perjuangan itu sebuah ujian?
APA-APA PUN YANG MENGUJI…
MEMANG HAKIKAT YANG MENYAKITKAN…
tapi, aku nak fikir yang tak ada mustahil…
aku nak fikir yang aku ni pahlawan…
nak lawan dengan semua ujian yang menguji aku…
aku nak fikir yang aku boleh ubah semua kepahitan ni jadi senyuman…
walaupun kelat bibir ni nak mengukir senyuman dalam ujian…
aku akan terus tersenyum dan mengatakan kehidupan ini adalah anugerah terindah…
aku bukan dilahirkan untuk pencipta penyesalan…
sebab aku tau…
dalam air mata ini,
aku selalu bertabah dan bersabar…
layakkah aku mengharapkan sebuah kesempurnaan?
aku tak boleh dilahirkan semula untuk mengubah nasib hidup..
aku boleh terus berjalan kehadapan…
aku boleh telan semua kepedihan hidup dalam-dalam..
dan mungkin juga aku mampu menghadapi semua ni dengan jiwa yang kental…
sehingga orang berkata…
apakah erti sebuah senyuman pada kamu???
aku ingin menjawab…
ini adalah senyuman kehidupan aku…
dalam mengukir sebuah senyuman…
aku menangis sesungguh sungguhnya dalam kebanyakan kehidupan laluku…
aku redah semua kesusahan dengan tangan dan kakiku…
bahu ini memikul pelbagai cerita suka dan duka…
yang kadang-kadang aku berlari tercungap-cungap mendapatkan jawapan…
yang kadang-kadang aku berhenti agak lama untuk berfikir…
yang kadang-kadang aku berputus asa untuk sementara…
aku tetap meneruskan perjalananku…
aku jumpa pelbagai manusia..
aku belajar daripada mereka..
puas aku mengejar…
kukejar kesempuranaan…
akhirnya aku berjumpa dengan keikhlasan…
ikhlas itulah tunjang jiwa yang banyak menguat…
itu jugalah punca hati yang tak jemu bertabah…
itu menyebabkan aku tersenyum mengenang segala-galanya…
jangan sekali-kali aku katakan benci pada hidup!
jangan cakap macam ni..
hidup tak lama…
No comments:
Post a Comment
♥Komen Disini♥