
Ketika malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) berkata : "Inilah tuhanku" tetapi tatkala bintang itu tenggelam, dia berkata "saya tidak suka kepada yang tenggelam. Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata, "Inilah tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata : sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku temasuk orang-orang yang sesat. Kemudian dia melihat matahari terbit, dia berkata, " Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar." maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata : "Wahai kaumku, aku berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan.
(Al An'am : 76 - 78)
Al Quran bukan sahaja mengajak umat manusia untuk berfikir, malah turut mengajar manusia bagaimana untuk mempergunakan akal fikiran sebaik-baiknya. Oleh kerana itu, suatu umat yang berjaya adalah umat yang berpegang teguh kepada Al Quran. Berpegang teguh bukan hanya di dalam ertikata pembacaan sahaja, tetapi lebih kepada penghayatan dan perlaksanaannya. Inilah ibu segala amalan kehidupan manusia selain daripada Al Hadis.
Budaya Melihat & Mengkritik.
Kita tidak terlepas daripada budaya melihat lantas mengkritik sesuatu yang sebenarnya tidak kita ketahui. Sifat ini lebih cenderung kepada husnul waazan iaitu sifat bersangka buruk. Ianya adalah salah satu penyakit hati yang kesannya ibarat barah di dalam hati. Sifat buruk sangka ini akan menjalar sehingga berlakulah umpatan yang akhirnya menuju kepada berlaku zalim terhadap golongan yang lain. Lantas, penjelasan di atas menggambarkan kesan budaya melihat lantas mengkritik tanpa penyelidikan terlebih dahulu.
Di dalam hal ini, Rasulullah menegah perbuatan berpra sangka buruk, dengki dan permusuhan. Sabda baginda :
Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah.
(Sahih Muslim)
Malah, di dalam hadisnya yang lain, baginda menyeru agar kita bersangka baik:
Sabda Rasulullah SAW dari Abdullah bin Umar yang bermaksud,
Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprasangka sesamanya yang baik.
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Melihat, Mentafsir & Berfikir.
Surah Al An'am ayat 76 -78 menceritakan kisah seorang nabi Allah yang bernama Ibrahim A.S. Ayat tersebut mengisahkan cahaya iman yang terpancar di hati Nabi Ibrahim telah menafikan sembahan - sembahan umatnya pada ketika itu.melalui kaedah melihat, mentafsir dan berfikir. Inilah antara satu contoh yang baik yang dijelaskan di dalam Al Quran.
Kisah ini bermula apabila Nabi Ibrahim mendongak dan memerhatikan keindahan sifat bintang yang menlangit tingginya dan memancarkan sedikit cahaya dikegelapan malam.
"Apakah ini Tuhanku??" Detik hati Nabi Ibrahim A.S kerana Tuhan sifatNya yang berkuada menerangi sesuatu dan melindungi hamba-Nya.
Tiba-tiba, bintang yang diperhatikannya, diselaputi awan tebal dan berlalu hilang begitu sahaja. Tersentak Nabi Allah Ibrahim A.S dan menyedari bahawa tuhan tidak boleh ditundukkan. Kerana jika demikian, maksudnya, Tuhan bersifat lemah. Lalu baginda berkata :
"Aku tidak suka bertuhan kepada sesuatu yang mudah dihapuskan."
Kisah Nabi Ibrahim As adalah contoh terbaik untuk diikuti. Budaya melihat, mentafsir dan berfikir adalah suatu jalan menuju kepada tanda aras Sirotul Mustaqim iaitu suatu jalan yang lurus. Setiap hari, kita bermohon agar dikurniakan jalan yang lurus (kebenaran), dan jalan kebenaran itu meliputi segala aspek kehidupan di dunia yang diingini manusia. Namun jika, budaya melihat saja tanpa berfikir, maka manusia akan menjurus kepada satu tahap kejahilan. Bertentangan dengan doa kita di dalam solat (Ya Allah ! Tunjukilah kami jalan yang lurus). Hal ini menjelaskan kepada kita, betapa pentingnya mentafsir dan berfikir. Bukan saja di dalam soal ibadah khusus, malah juga dituntut di dalam ibadah umum.
No comments:
Post a Comment
♥Komen Disini♥